My Food Blog List

Showing posts with label Puding Karamel. Show all posts
Showing posts with label Puding Karamel. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

Puding Karamel


Bahan - bahan untuk puding:

6 biji telur
1 tin susu sejat
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanila

Bahan - bahan untuk sos karamel:

1/2 cawan gula pasir
sedikit air

Cara:

Panaskan gula dengan sedikit air dalam loyang sehingga gula cair dan berwarna kuning keemasan. Tutup api dan letak tepi.

Dalam bekas lain, pukul telur hingga kembang. Kemudian masukkan gula... diikuti susu sejat dan air. Masukkan adunan dalam loyang sos karamel tadi dan kukus selama 25 minit.

Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan dalam peti sejuk. Masa ni puding masih lagi lembut dan bergoyang-goyang. Bila dah betul-betul sejuk, baru terbalikkan dari acuan dan hidang.

Bancuhan ni tak banyak.. guna la bekas yang sederhana besar jer ye.

Sedap sangat puding ni. Ayu bukan peminat puding karamel sebab tak suka bau hanyir telur, tapi resipi ni tak hanyir. Lepas keluar dari periuk kukus tu jer hanyir.. dah sejuk bau tu hilang. Cuba lah... hubs kata sedaaaap :)